frlya.blogspot.com - PENGATAHUAN!!!!Ini Sebabnya Mengapa Anda Perlu Mengelak Menggunakan Noktah Ketika Bermesej
Nampaknya penggunaan noktah mungkin tak lagi relevan di dlm kehidupan virtual kita sehari-hari.
Menurut satu kajian terbaru yg dijalankan oleh Universiti Binghamton yg diketuai oleh Professor Celia Klin, penggunaan noktah pd hujung perkataan di dlm mesej teks(texting) akan membuatkan si penghantar itu kelihatan tak jujur.
Sebagai contoh, jika anda dan pasangan anda bergaduh, anda akan dilabel tak jujur dgn jawapan yg anda berikan jika menggunakan noktah.
Pasangan : Nanti jangan buat lagi tau.
Anda : Ok.
Pakar psikologi dari universiti tersebut menjalankan kajian itu ke atas 126 orang pelajar, yg dikehendaki membaca & membalas beberapa mesej di atas skrin(texting) / bertulis.
Di dlm kajian pertukaran mesej itu, penghantar mesej diperlukan untk memberi satu soalan jemputan kepada penerima; sebagai contoh : "Saya ada satu tiket wayang lebih. Nak ikut?'.
Penerima mesej berkenaan pula diperlukan membalas mesej-mesej berkenaan dgn menggunakan hanya satu patah perkataan seperti contoh "Okay", "Baik", "Yeah" / "Yup".
Separuh dari pelajar-pelajar itu membalas dgn menggunakan tanda noktah pd hujung ayat manakala separuh lagi sebaliknya.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, mesej teks(texting) yg berakhir dgn tanda noktah disifatkan kurang jujur berbanding dgn mesej teks yg tak berakhir dgn tanda noktah.
Sebaliknya, pelajar-pelajar yg menggunakan kaedah bertulis melaporkan biarpun mesej itu berakhir ataupun tak berakhir dgn noktah, mereka masih merasa ianya jujur.
Hasil dari ujian ni mencadangkan penggunaan tanda baca di dlm mesej teks(bertaip) boleh menyampaikan mesej yg tak tepat kepada penerima.
"Di dlm dunia texting dan IMing... cara untk menghabiskan(satu-satu ayat) adlh dgn berhenti begitu sahaja, tanpa sebarang tanda baca.
"Dengan meletakkan satu noktah bermakna pembaca perlu memahami kenapa anda melakukannya. Apa yg mereka akan simpulkan(dengan penggunaan noktah) adlh seperti 'Ini adlh yg terakhir, ni adlh pengakhiran kepada perbualan ni / ni sahaja yg terakhir yg mampu aku berikan'", kata Klin.
other source : http://juarasensasi.blogspot.com, http://hipwee.com, http://cnn.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar